aku tidak keseorangan ..

aku tidak keseorangan ..
ingatilah ALLAH .. dan ALLAH akan mengingatimu :)

Friday, 29 June 2012

hanya mampu menyampaikan ..


Bertudung VS Free Hair

Pernahkah kita dengar orang cakap macam ni,
"Walaupun saya tak pakai tudung tapi hati saya baik, ".
ataupun cakap macam ni,
" Alah pakai tudung pun belum tentu baik. Tengoklah berkepit dengan jantan bukan muhrim, ".

Sebenarnya banyak orang memperkatakan atau membuat perbandingan antara perempuan yang pakai tudung dengan yang free hair. 
Sebenarnya bagi aku siapalah kita untuk menjatuhkan menghukum atau mengadili seseorang.
Disini aku ingin kongsi sebuah artikel yang aku rujuk dari Genta Rasa.com. Laman sesawang milik Ustaz Pahrol Juoi. Sungguh menarik penjelasan ustaz dalam artikel itu. Jom ikuti dialog dibawah yang aku petik dari laman sesawang ustaz.

Anak Muda: Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik.
                       Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang 
                      lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat.
Ustaz: Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?
Anak MudaSaya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.
Ustaz: Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?
Anak Muda: Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak
                       bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak. 
Ustaz: Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?
Anak Muda: Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut….
Ustaz: Itu sahaja?
Anak Muda: Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?


Ustaz: Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika 
             diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.
Anak Muda: Mengapa?
Ustaz: Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan 
             menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia 
             suatu yang objektif dan mutlak.
Anak Muda: Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!.
Ustaz:  akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan 
             Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.
Anak Muda: Jadi akal kita untuk apa?.
Ustaz: Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana 
             melaksanakannya dalam kehidupan. 
Anak Muda: Ertinya akal kita terikat?
Ustaz: Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat 
            berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.

Anak Muda: Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?
Ustaz: Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara 
            yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, 
            wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.
Anak Muda: Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? 
                       Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?
Ustaz: Separuh betul. 
             Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di 
             sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut 
             yang lain. Dia tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub 
             dalam Al Quran.
Anak Muda: Tetapi dia jujur, amanah…
Ustaz: Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan 
             manusia. Menutup aurat perintah Allah, namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, 
             insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.
Anak Muda: Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?

Ustaz: Masih merujuk kepada Al Hadis.
Anak Muda: Hadis yang mana?
Ustaz: Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah 
            memberi  minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia 
            mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.
Anak Muda: Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?

Ustaz: Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat 
            baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh 
            menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita 
            solehah.
Anak Muda: Maksud ustaz?
Ustaz: Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup 
             aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.
Anak Muda: Oh, begitu. Kenapa ya?
Ustaz: Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi 
            baik.
Anak Muda: Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan 
                       perangainya buruk? 
Ustaz: Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa 
            yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.
Anak Muda: Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar 
                       tuntutan fesyen dan trend? 
Ustaz: Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau 
           tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik 
           atau tidak. Soal hati hak Allah… 
Anak Muda: Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…
Ustaz: Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.
Anak Muda: Mengapa?
Ustaz: Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu 
            memakai pakaian wanita solehah.
Anak Muda: Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya 
                       tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian 
                      berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.
Ustaz: Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya 
            perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. 
            Sebaliknya, yang menutup aurat…secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika 
           kualiti hatinya semakin merosot.
Anak Muda: Siapa wanita yang paling baik?
Ustaz: Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.
Anak Muda: Bagaimana pakaian mereka?
Ustaz: Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik.
Anak Muda: Wanita yang baik mesti menutup aurat?
Ustaz: Ya.
Anak Muda: Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?
Ustaz: Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana 
             mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya 
             untuk menutup aurat.
Anak Muda: Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?
Ustaz: Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.
Anak Muda: Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? 
                       Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit. 
Ustaz: Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup 
             aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu 
             sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika 
             disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. 
             Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!
Anak Muda: Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?
UstazWallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan 
             luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka 
             sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak 
             diatasi  akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat! 

Anak Muda  itu tersenyum.

Anak Muda: Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…

Ustaz berkata dalam hatinya, " Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?"


Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh ustaz. Disimpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!
__________________________________________________________________________
 saya susun sepuluh jari andai ada yang terasa ..
saya hanya copy paste .
semoga semua dari kita mendapat Hidayah Allah :)
amin ..



Saturday, 23 June 2012

seorang hanya hamba ALLAH yang kerdil :)

  
assalamualaikum :) hai semua . tengok lah title . dah ? ha tengok lagi . dah ? hahaa . berapa banyak kali der nak tengok . haha . jahat gila. okay cerita dimulai dengan serangkap pantun . *ehem , hahaa sila beri perhatian ya kawan kawan yang dikaishi sekalian . hahaa

enayatulfadliyah nama diberi,
menulis dan berpuisi ku jadikan hobi,
aku tidak bijak , tidak bestari,
sekadar meminjam ilmu ilahi .

hahaa . lawak kan ? haha . okay . ada sebab sebenarnya kenapa aku bagi korang baca pantun 4 kerat tu . haha so after this aku harap takda ah korang merungut "oih bapak bosan doh blog dia nih ! " urgh . aku pipijak korang nanti . hikhik :p cerita lebih . hahaa . okay . nama aku mungkin agak pelik pada pendengaran telinga korang . dan mungkin ada sesetengah orang akan cakap "apahal lah pelik sangat nama minah nih " . hihi . nama aku ialah ENAYATULFADLIYAH . haha pelik kah nama itu ? hihi . banyak siot nostalgia aku dengan nama ni . hihi . masa kecik kecik semua cikgu cikgu aku akan terbelit bila nak panggil nama aku . hambekk kau ! haha . kawan kawan selalu tanya "eyna, kenapa nama awak pelik" haha . aku dulu mmg tak suka bila orang tnya macam tu . rasa nak pipijak derr . haha sebab aku dulu pun tak suka nama aku . haha . jahat an aku . hikhik . tapi dah meningkat dewasa ni , umur pun dah bertambah , pemikiran dah matang (ceh, matang ker) hahaa aku makin sayang dengan nama aku :) sayangss gilerww weyyhh . hahaa ayat aku nak myspace je . hahaa . lama lama aku mmg suka dengan nama aku . bila diorang tanya , dengan bangganya aku jawab "nama aku enayatulfadliyah!" haha .



aku dilahirkan pada tarikh yang sangat istimewa . bertuah rasanya dapat lahir pada tiga angka yg sama . hihi . 22.2.1995 . cantik gila tarikh ni . hahaha . puji ah diri sendiri derr . hiihii . aku selalu eksaited nak cari mereka yang sama tarikh lahir dengan aku . dan aku ada terjumpa seorang :') hihi . seronok bila dapat tahu ada orang yg birthday dia sama dengan kita . hihi . korang birthday bila ?? haha cakap lah , aku dengar . haha . gambar dekat atas tu , yang buruk buruk gila tu . eii , menyampah aku . haha . gambar ni masa aku berumur 10 tahun . eh ? 10 ? sesat mana ni . hadoih . 16 tahun lah . hikhik .
seumur hidup aku , ceh seumur hidup kunun :p hihii .okay lah selama aku hidup 17 tahun ni , banyak dah sekolah yang aku jejak . haha antarnaya , Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas , Sekolah Kebangsaan Salak Nama Negeri sembilan , Sekolah Bandar Teknologi Kajang dan last sekali Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jasmin 2 . itulah sekolah terakhir aku . hahaha . banyak kan >.< huihuii .




yang ni kawan kawan sehidup semati aku :')
*aiman wahida ilias
*danial asri adnan
*syawal azlan
*alif hadi
terima kasih atas segalanyaa <3



this is aiman aziz and aiman wahida :)


yang cantik ni nama dia Emma Nasrudi :) senior yang paling awesome aku pernah dapat >.<
dia ni mmg best der ! hihii . dia sangat caring dan comel orangnyaa :') lama dah tak jumpa  .
kak emma , eyna rinduuu :'DD hihii . i love you <3



dari tepi , Khairena Khairudin yang pakai baju semua warna biru . she is beautiful rite ? hihi ,
yang tengah tu Maisara Ayob , dia ni yang paling gila gila orangnya , hihii . and yang pakai pashmina tu aku lah . harhar :D time ni otw nak balik dari putra jaya :) semua kepenatan ! Hari Belia <3


Ni akak omey aku lagi sorang :D
Hanis syuhada a.k.a kak Syud >.<
comel kan diaaaa nieeeee . dia baik sangat >.< i lapp youu !!



hallo geng ! haha ni Suhairi a.k.a herry . haha dia ni kawan pertama aku masa kecik kecik ;D
masa sekolah rendah dia yang jaga aku . haha . thanks herry :') kita kawan dunia akhirat !




alamak tersenget lah pulak . hihi sory wany ;D 
*nurzahratul azwani <3


haiyaa malas nak rotate lah . gambar senget :p hihii .
ni Danial Asri Adnan dan yang baju hiteemm tu Azrie Adnan . hahah
dah macam adik beradik diorang ni >.<


ni yang aku sayang <3 
dear Nabilah Ruslan dan Haziqah Saad ..
diorang sangat best >.< i love you guysssss !



yang kecik kecik ni nama dia Raja Nurfateha :)
sebelum jadi kawan , banyak betul rintangan .
haha . poyo doh ayat aku :pp harharahar . dia ni mmg best >.< omeyy lak tuh !

*yang dekat atas ni semua adalah kawan kawan yang paling aku sayang ! sayamg sangat !
bersyukur dekat Allah sebab dapat diorang ni :')
guys , i hope you know that i really really LOVE you !
korang ni sahabat dunia akhirat . insyaallah :')
kepada yang takda gambar dia aku minta maaf , bukan tak sayang korang ,
tapi penat nak buat panjang lagi ni :DD hihi aku sayang korang juga :) tapi yang mereka
dekat atas tu lebih penting untuk aku :DD hihii jangan marah eh :pp



 oh ya ! tahun  ni aku SPM U____________U
Ya Allah engkau bantu lah hamba Mu ini ya Allah :')
tarikh nak trial pun dah tak lama je lagii niii >.<


selamat maju jaya >.<
*thanks sudi baca :'DD

LOVE<3
e y n a :DD

Friday, 8 June 2012

when you're gone :')



I always needed time on my own
I never thought I’d need you there when I cry
                                                And the days feel like years when I’m alone
                                           And the bed where you lie is made up on your side
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
                                           When you walk away I count the steps that you take
                                                Do you see how much I need you right now

                                                                  When you’re gone
                                                  The pieces of my heart are missing you
                                                              When you’re gone
                                                   The face I came to know is missing too
                                                             When you’re gone
                              The words I need to hear to always get me through the day and make it ok
                                                                   I miss you
                                                   I’ve never felt this way before
                                                Everything that I do reminds me of you
                                           And the clothes you left, they lie on the floor
                                    And they smell just like you, I love the things that you do
                                     When you walk away I count the steps that you take
                                        Do you see how much I need you right now

                                                We were made for each other
                                                      Out here forever
                                                   I know we were, yeah
                                           All I ever wanted was for you to know
                                    Everything I’d do, I’d give my heart and soul
                             I can hardly breathe I need to feel you here with me..



all you need is ..
LOVE :)

Tuesday, 5 June 2012

please look at me ..



hallo :) assalamualikum . 
terima kasih sebab sudi baca blog saya yang berterabuh ni --' maaf lah aku bukan the pakar pakar blog . hihii . jadi aku buat apa yang termampu saja . title agak sedihh . malam ni pada pukul 12:37 aku menulis .. ehh .. mana ada menulis .. type lahh .. hahaa .. aku nak story pasal aku punya love story yang tak menjadi .. oleh kerana mencintai sesorang dalam diam , aku tak mampu nak buat apa apa lagi :) tapi , hidup mesti diteruskan kan ?! mana buleh mengalah dekat tengah jalan ! maksud nya bukan aku nak ngorat ''dia'' terus . haha .. teruk gila perangai tu wehh , jangan lahh oii . hahaa .

okay , story bermula pada .. hahaa suatu hari apabila aku terlihat dia di suatu tempat iaitu di bekas tempat kerja aku . hmm , masa tu lah permulaan nyaa . lama lama aku mula dekati dia sebagai seorang kawan . dia yang sangat open minded telah menjadi kawan aku . dia sangat baik ! dia peramah dan sangat maaaanissss :')!
melihat dia senyum , aku jadi sangat seonok ! walaupun pada awalnya ktorang takda ah rapat mana pun . tapi lama lama mula rasa sangat seronok ada kawan macam dia . ktorang boleh story banyak benda sama sama . bila dah start text , sampai pukul 3 pagi pun taksedar . dia mmg best ! kawan yang sporting >.< bertuah rasanya dapat jadi kawan dia :')

aku manusia biasa , sama seperti kalian . aku juga tak mampu menepis rasa cinta yang datang pada aku . walaupun aku dah lama tak rasa macam ni . aku rasa sakit sangat pendam rasa ni . sakit yang tak terluah . malah nak bercerita pada org lain pun aku tak mampu . mana mngkin aku nak cerita ! tidak lah kan , buat malu lahh .. hahaha .. btw , aku pun bukan budak lagi . aku dah dewasa dan aku yakin aku mampu ''lawan'' semua ni ! jangan mengalah wahai hati ! kau perlu kuat untuk aku ! 

jadi bila aku fikir fikir balik , ini tidak adil untuk dia . bila aku buat macam ni aku rasa bersalah pada diri . aku dah berjanji takkan jatuh cinta atau terikat pada sesiapa untuk setahun ni . aku tak boleh mungkiri janji aku ! jangan jadi munafik ! aku harap semua ni akan berlalu dengan segera. aku yakin ALLAH buat semua ni , rancang semua ni untuk menguatkan aku :) syukran ya ALLAH . aku anggap ni ujian untuk aku agar aku tidak leka dengan cinta duiawi . biarpun kadang2 aku rasa sedikit cemburu melihat mereka yang lain .. aku mesti kuat ! aku tak boleh jatuh .. buat masa ni biar lah aku dengan pelajaranku . aku yakin ALLAH sedang merancang sesuatu perjalanan yang lebih indah untuk aku lepas ni ^^ jodoh ditangan ALLAH . jadi aku harus yakin dengan Qada' dan Qadar ALLAH . lagipun aku masih muda . masih terlalu banyak yang harus aku lalui . ''dia'' pun sedang belajar . malah tak silap aku sekarang ''dia'' sudah mrmpunyai seorang teman istimewa disana :) apa yang aku harus lakukan ialah berdoa agar dia mendapat pendamping hidup yang baik .

aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan bila aku tiba tiba teringat kan dia , aku diselubungi perasaan berbelah bahagi ! kadang kadang aku sendiri tidak mampu untuk berdiri .. aku tak mampu .. aku harap ''dia'' akan pandang aku dan kata "hei , bangun ! kau kuat.. walaupun tanpa aku!" haha , kelakar ? hm , aku bukan lah jenis manusia yang akan menceritakan semua masalah aku pada semua kawan2 aku . mereka juga ada masalah seperti aku . jadi aku tak boleh pentingkan diri . mereka akan rasa terbeban nanti . 

hm , kan bagus kalau ada alat yang boleh hilangkan ingatan aku .. hahaa .. tak elok ! jangan fikir macam tu lagi  hahaa .. ainan tasneem cakap "aku ingin mencinta dia'' ya . mmg aku ingin cintai dia .. aku harap dia tahu perasaan aku dekat dia .. tapi , fikir lagi ! baru aku ingat pesan kawan2 , cinta tidak boleh di paksa . cinta tu wujud bukan untuk dipermainkan .. yakin lah . jodoh akan datang padamu kelak ! ALLAH dah menentukan jodoh kita sejak kita berumur 4bulan lagi , itupun sewaktu kita berada dalam kandungan ibu :') jadi , semua manusia sememang nya layak dicintai dan mencintai . 

ehh ehh . macam dah lari tajuk . huhu maaf ya ! apa apa pun , kita kena ingat .. dalam pada keadaan kita yang sedih menoggeng ni , ada orang yang lebih sedih dari kita . jangan lah pentingkan diri . orang lain pun ada masalah juga . takkan nak dengar masalah kau je --' hurmm . 

dan kepada bakal jodoh aku ! aku harap bila saatnya ALLAH dah atur pertemuan kita , aku harap kau akan pandang aku . tolong pandang aku :') jangan lepaskan aku bila aku perlukan kau . selalu lah ada dengan aku . aku baru berumur 17thn sekarang . tk tahu bila akan kita berjumpa wahai jodoh ! semoga kau adalah orang bakal memahami aku . aku harap aku adalah orang yang akan kau pimpin ke jalan yang diredhai . pimpinlah aku kejalan ALLAH ! aku akan bersabar menanti ^^ kepada bakal jodoh aku , aku harap kau yang akan kesat air mata aku bila aku dalam kesedihan . kau yanga kan bantu aku ber"jalan" kau yang akan memimpin aku ! aku berjanji aku akan berusaha untuk mencintai kau :) kan kita bersama kerana ALLAH yang menentukan . jadi sama sama lah kita berusaha .. ohh betapa aku menanti saat itu :) 

kepada si dia , aku doakn kebahagiaan mu :) semoga kau bersama dengan orang yang layak menerima cintamu .. semoga kau tidak melupakan aku.. sahabat comel mu .. hahaa :'DD



CINTA ITU TIDAK BUTA
#eyyynaaa :)