hallo :) assalamualikum .
terima kasih sebab sudi baca blog saya yang berterabuh ni --' maaf lah aku bukan the pakar pakar blog . hihii . jadi aku buat apa yang termampu saja . title agak sedihh . malam ni pada pukul 12:37 aku menulis .. ehh .. mana ada menulis .. type lahh .. hahaa .. aku nak story pasal aku punya love story yang tak menjadi .. oleh kerana mencintai sesorang dalam diam , aku tak mampu nak buat apa apa lagi :) tapi , hidup mesti diteruskan kan ?! mana buleh mengalah dekat tengah jalan ! maksud nya bukan aku nak ngorat ''dia'' terus . haha .. teruk gila perangai tu wehh , jangan lahh oii . hahaa .
okay , story bermula pada .. hahaa suatu hari apabila aku terlihat dia di suatu tempat iaitu di bekas tempat kerja aku . hmm , masa tu lah permulaan nyaa . lama lama aku mula dekati dia sebagai seorang kawan . dia yang sangat open minded telah menjadi kawan aku . dia sangat baik ! dia peramah dan sangat maaaanissss :')!
melihat dia senyum , aku jadi sangat seonok ! walaupun pada awalnya ktorang takda ah rapat mana pun . tapi lama lama mula rasa sangat seronok ada kawan macam dia . ktorang boleh story banyak benda sama sama . bila dah start text , sampai pukul 3 pagi pun taksedar . dia mmg best ! kawan yang sporting >.< bertuah rasanya dapat jadi kawan dia :')
aku manusia biasa , sama seperti kalian . aku juga tak mampu menepis rasa cinta yang datang pada aku . walaupun aku dah lama tak rasa macam ni . aku rasa sakit sangat pendam rasa ni . sakit yang tak terluah . malah nak bercerita pada org lain pun aku tak mampu . mana mngkin aku nak cerita ! tidak lah kan , buat malu lahh .. hahaha .. btw , aku pun bukan budak lagi . aku dah dewasa dan aku yakin aku mampu ''lawan'' semua ni ! jangan mengalah wahai hati ! kau perlu kuat untuk aku !
jadi bila aku fikir fikir balik , ini tidak adil untuk dia . bila aku buat macam ni aku rasa bersalah pada diri . aku dah berjanji takkan jatuh cinta atau terikat pada sesiapa untuk setahun ni . aku tak boleh mungkiri janji aku ! jangan jadi munafik ! aku harap semua ni akan berlalu dengan segera. aku yakin ALLAH buat semua ni , rancang semua ni untuk menguatkan aku :) syukran ya ALLAH . aku anggap ni ujian untuk aku agar aku tidak leka dengan cinta duiawi . biarpun kadang2 aku rasa sedikit cemburu melihat mereka yang lain .. aku mesti kuat ! aku tak boleh jatuh .. buat masa ni biar lah aku dengan pelajaranku . aku yakin ALLAH sedang merancang sesuatu perjalanan yang lebih indah untuk aku lepas ni ^^ jodoh ditangan ALLAH . jadi aku harus yakin dengan Qada' dan Qadar ALLAH . lagipun aku masih muda . masih terlalu banyak yang harus aku lalui . ''dia'' pun sedang belajar . malah tak silap aku sekarang ''dia'' sudah mrmpunyai seorang teman istimewa disana :) apa yang aku harus lakukan ialah berdoa agar dia mendapat pendamping hidup yang baik .
aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan bila aku tiba tiba teringat kan dia , aku diselubungi perasaan berbelah bahagi ! kadang kadang aku sendiri tidak mampu untuk berdiri .. aku tak mampu .. aku harap ''dia'' akan pandang aku dan kata "hei , bangun ! kau kuat.. walaupun tanpa aku!" haha , kelakar ? hm , aku bukan lah jenis manusia yang akan menceritakan semua masalah aku pada semua kawan2 aku . mereka juga ada masalah seperti aku . jadi aku tak boleh pentingkan diri . mereka akan rasa terbeban nanti .
hm , kan bagus kalau ada alat yang boleh hilangkan ingatan aku .. hahaa .. tak elok ! jangan fikir macam tu lagi hahaa .. ainan tasneem cakap "aku ingin mencinta dia'' ya . mmg aku ingin cintai dia .. aku harap dia tahu perasaan aku dekat dia .. tapi , fikir lagi ! baru aku ingat pesan kawan2 , cinta tidak boleh di paksa . cinta tu wujud bukan untuk dipermainkan .. yakin lah . jodoh akan datang padamu kelak ! ALLAH dah menentukan jodoh kita sejak kita berumur 4bulan lagi , itupun sewaktu kita berada dalam kandungan ibu :') jadi , semua manusia sememang nya layak dicintai dan mencintai .
ehh ehh . macam dah lari tajuk . huhu maaf ya ! apa apa pun , kita kena ingat .. dalam pada keadaan kita yang sedih menoggeng ni , ada orang yang lebih sedih dari kita . jangan lah pentingkan diri . orang lain pun ada masalah juga . takkan nak dengar masalah kau je --' hurmm .
dan kepada bakal jodoh aku ! aku harap bila saatnya ALLAH dah atur pertemuan kita , aku harap kau akan pandang aku . tolong pandang aku :') jangan lepaskan aku bila aku perlukan kau . selalu lah ada dengan aku . aku baru berumur 17thn sekarang . tk tahu bila akan kita berjumpa wahai jodoh ! semoga kau adalah orang bakal memahami aku . aku harap aku adalah orang yang akan kau pimpin ke jalan yang diredhai . pimpinlah aku kejalan ALLAH ! aku akan bersabar menanti ^^ kepada bakal jodoh aku , aku harap kau yang akan kesat air mata aku bila aku dalam kesedihan . kau yanga kan bantu aku ber"jalan" kau yang akan memimpin aku ! aku berjanji aku akan berusaha untuk mencintai kau :) kan kita bersama kerana ALLAH yang menentukan . jadi sama sama lah kita berusaha .. ohh betapa aku menanti saat itu :)
kepada si dia , aku doakn kebahagiaan mu :) semoga kau bersama dengan orang yang layak menerima cintamu .. semoga kau tidak melupakan aku.. sahabat comel mu .. hahaa :'DD
CINTA ITU TIDAK BUTA
#eyyynaaa :)
No comments:
Post a Comment